Penggunaan simulator sebagai penjana kemahiran asas kimpalan di kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini ad...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1035/ http://eprints.uthm.edu.my/1035/1/24_Pages_from_PENGGUNAAN_SIMULATOR_SEBAGAI_PENJANA_KEMAHIRAN_ASAS_KIMPALAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_KEJ.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji halangan para pelajar baru di dalam menjana kemahiran asas kimpalan, dan mengenalpasti kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran berbantu peralatan simulator kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan dan persepsi pelajar tersebut. Kajian ini adalah secara penilaian dan instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Seramai 30 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal tahun 1 semester 1 dipilih secara rawak sebagai sampel untuk menjawab soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sciene Series (SPSS) versi 10.0 secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusandan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden amat bersetuju bahawa wujudnya halangan di dalam menjana kemahiran asas kimpalan serta mengakui kesesuaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantu peralatan simulator
kimpalan dalam menjana kemahiran asas kimpalan, tetapi persepsi para pelajar terhadap proses P&P berbantu simulator pada tahap yang sederhana. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat membantu para pensyarah dan pelajar di dalam usaha untuk meluaskan lagi proses P&P berbantukan peralatan simulator kimpalan di dalam menjana kemahiran asas
kimpalan para pelajar baru. |
|---|