Penilaian kesesuaian MPK yang dihasilkan bagi mata pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi topik perubahan/pindaan kerja terhadap pelajar semester enam kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik Kota Bahru
Perbezaan individu di kalangan para pelajar telah menimbulkan pelbagai masalah. Biasanya pelajar terikat pada urutan pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sarna seperti yang dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain. Walhal, kita telah ketahui bahawa setiap individu berbeza di antara satu sama...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2003
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/1108/ http://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_BINAAN_(C.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Perbezaan individu di kalangan para pelajar telah menimbulkan pelbagai
masalah. Biasanya pelajar terikat pada urutan pengajaran dan bahan-bahan pengajaran
yang sarna seperti yang dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain. Walhal, kita telah
ketahui bahawa setiap individu berbeza di antara satu sama lain menyebabkan
sesetengah pelajar mengalami kesukaran di dalam rnengikuti proses pengajaran
pernbelajaran. Ditambah pula sekiranya pendidik rnenggunakan jenis bahan pengajaran
pernbelajaran yang kurang sesuai, ketidak pelbagaian kaedah pengajaran, organisasi
bahan kandungan pengajaran yang kurang terancang menyebabkan jurang perbezaan ini
menjadi lebih ketara. Salah satu secara yang boleh digunakan untuk menangani masalah
ini ialah dengan mengindividukan pengajaran rnenerusi pengubahsuaian yang dilakukan
terhadap bahan pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembelajaran agar ianya sesuai mengikut
kebolehan para pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai
modul pengajaran kendiri (MPK) Undang-Undang Binaan (C 532) topik
Perubahan Pindaan Kerja yang telah dihasilkan dari segi tahap penerimaan pelajar,
kesesuaian isi kandungan modul pengajaran kendiri (MPK) di dalam membantu
meningkatkan tahap pemahaman dan menarik minat untuk belajar. Senarai empat
puluh (40) responden daripada pelajar semester 6 kursus Diploma Ukur Bahan,
Politeknik Kota Bharu (PKB) dipilih sebagai sampel kajian. Maklum balas yang
diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.0.
Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah tinggi serta kesesuaian isi
kandungan MPK yang dibina berada pada tahap sesuai yang mana telah dapat
meningkatkan tahap pemahaman pelajar serta dapat menarik minat pelajar untuk
menggunakannya. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir bab bagi meningkatkan
lagi kualiti penghasilan MPK sebagai bahan pengajaran pembelajaran. |
|---|