Persepsi pelajar terhadap penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan. MPK yang dibina adalah berbentuk CD dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: Mokhtar, Nurul Syamshida
Format: Thesis
Diterbitkan: 2003
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/1117/
http://eprints.uthm.edu.my/1117/1/24_Pages_from_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PENGHASILAN_MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI_(MPK)_BAGI_MATAPELA.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap penghasilan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi mata pelajaran Pengajian Keusahawanan. MPK yang dibina adalah berbentuk CD dan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sama ada aspek isi pelajaran modul dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di sarnping itu, kajian ini juga akan melihat sarna ada penghasilan MPK dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran pelajar. Responden kajian iill terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik 1 Kuantan, Pahang. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 11.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan isi pelajaran MPK yang dihasilkan dapat membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar dengan skor min 3.19, di samping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan MPK dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran dengan skor min keseluruhan 3.24. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Cadangan-cadangan diberikan untuk menunjukkan bagaimana MPK boleh dilaksanakan dengan lebih efektif dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran pelajar.