Konsep keislaman dalam rekabentuk kurikulum pelancongan di sebuah Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
Perkembangan yang pesat industri peiancongan di negara ini telah dibuktikan melalui sumbangannya yang besar terhadap pendapatan negara. Industri ini turut menyediakan peluang pekerjaan dalam kuantiti yang cukup besar kepada rakyat. Menyedari bahawa tenaga kerja yang terlatih diperlukan untuk meningk...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2002
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/1131/ http://eprints.uthm.edu.my/1131/1/24_Pages_from_KONSEP_KEISLAMAN_DALAM_REKABENTUK_KURIKULUM_PELANCONGAN_DI_SEBUAH_POLITEKNIK_KEMENTE.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Perkembangan yang pesat industri peiancongan di negara ini telah dibuktikan
melalui sumbangannya yang besar terhadap pendapatan negara. Industri ini turut
menyediakan peluang pekerjaan dalam kuantiti yang cukup besar kepada rakyat.
Menyedari bahawa tenaga kerja yang terlatih diperlukan untuk meningkatkan tahap
kualiti perkhidmatan dalam bidang pelancongan negara, banyak institusi pengajian
termasuk Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan kursus
khusus dalam bidang pelancongan. Bidang pelancongan ini seringkali dikaitkan
dengan unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan budaya dan agama Islam.
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat konsep keislaman dalam
rekabentuk kurikulum pelancongan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
Poputasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester enam kursus pengurusan
pelancongan Politeknik Johor Bharu, Pasir Gudang, Johor. Data dikumpul
menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratus
dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran yang diberikan tidak
mempunyai penerapan konsep keislaman. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa perubahan sosial yang dialami oleh pelajar mendedahkan mereka kepada
perkara yang negatif dan akhir sekali, perubahan diperlukan untuk mengukuhkan
kurikulum disamping perlunya menerapkan konsep keislaman dalam kurikulum
berkenaan. Oleh itu, dicadangkan agar pelaksanaan kurikulum pelancongan dapat
diperhalusi untuk membina graduan yang berwibawa dan mempunyai sahsiah yang
tinggi. |
|---|