Aplikasi nilai murni dalam pengajaran: satu kajian di kalangan pensyarah jabatan Kejuruteraan Awam Polimas
Penyelidikan ini berkaitan untuk meninjau tahap kesedaran pensyarah dalam mengaplikasikan nilai murni dalam pengajaran. Oleh itu objektif kajian ialah meninjau sama ada nilai murni diaplikasikan dalam pengajaran, menyenaraikan nilai-nilai murni yang sering diutamakan oleh pensyarah dalam proses peng...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1147/ http://eprints.uthm.edu.my/1147/1/24_Pages_from_APLIKASI_NILAI_MURNI_DALAM_PENGAJARAN__SATU_KAJIAN_DI_KALANGAN_PENSYARAH_JABATAN__KE.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan ini berkaitan untuk meninjau tahap kesedaran pensyarah dalam
mengaplikasikan nilai murni dalam pengajaran. Oleh itu objektif kajian ialah meninjau
sama ada nilai murni diaplikasikan dalam pengajaran, menyenaraikan nilai-nilai murni
yang sering diutamakan oleh pensyarah dalam proses pengajaran, mengenalpasti
sama ada strategi penerapan nilai murni dapat membantu pensyarah dalam
mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan mengenalpasti sama ada penerapan
nilai murni meninggalkan kesan ke atas pelajar. Dengan menggunakan persampelan
rawak mudah, seramai 74 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam daripada empat
kursus telah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik
dan data-data yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package For Sosial Science versi 10.0 untuk mendapatkan min bagi memenuhi objektif
yang ditetapkan. Microsoft Excel juga digunakan untuk mendapatkan jumlah skor bagi
menjawab persoalan kajian yang kedua. Hasil kajian mendapati pengaplikasian nilai
murni diamalkan oleh pensyarah di mana nilai hormat-menghormati mendapat
keutamaan dalam pengajaran, pensyarah juga bersetuju bahawa penekanan strategi yang
sesuai adalah perlu supaya usaha penerapan nilai murni meninggalkan kesan mendalam
ke atas diri pelajar. |
|---|