Penghasilan manual asas pembinaan laman web sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kolej Universiti TeknologiTun Hussein Onn
Laman web kini merupakan salah satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang utama di dalam sistem pendidikan di negara ini. Namun begitu, didapati bahawa pelajar Sarjana Pendidikan (MTD) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) masih belum menguasai kemahiran membina laman web. Justeru, ~a...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1174/ http://eprints.uthm.edu.my/1174/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_ASAS_PEMBINAAN_LAMAN_WEB_SEBAGAI_BAHAN_RUJUKAN_PEMBELAJARAN_PELAJ.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Laman web kini merupakan salah satu Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) yang utama
di dalam sistem pendidikan di negara ini. Namun begitu, didapati bahawa pelajar
Sarjana Pendidikan (MTD) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)
masih belum menguasai kemahiran membina laman web. Justeru, ~ajian ini dilakukan
bagi menghasilkan Manual Asas Pembinaan Laman Web (MAPL W) yang boleh
dijadikan sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar MTD, KUiTTHO. Seramai 126
orang pelajar semester 3 (sesi 2002/2003) MTD, KUiTTHO menjadi sampel kajian.
Kaedah soal-selidik digunakan bagi mengukur adakah MAPL W yang dihasilkan
mengandungi maklumat mencukupi dalam membantu pelajar MID membina laman web
serta adakah MAPLW yang dihasilkan bersifat 'mesra pengguna' dari segi isi
kandungan peJajaran, penggunaan gambarajah dan penulisan. Data kajian dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 10.0 for Windows (SPSS
10.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa MAPLW yang dihasilkan mempunyai
maklumat mencukupi sebagai bahan rujukan pembelajaran pelajar MTD, KUiTTHO.
Pengkaji turut mendapati bahawa manual tersebut bersifat 'mesra pengguna' dari segi isi
kandungan pelajaran, penggunaan gambarajah dan penulisan. |
|---|