Pembangunan laman web prosedur amalan keselamatan bengkel kayu bagi membantu proses pembelajaran di KUITTHO
Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan kerja amali dalam bengkel Kayu. Penggunaan mesin dan peralatan dalam makmal menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesed...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1187/ http://eprints.uthm.edu.my/1187/1/24_Pages_from_PEMBANGUNAN_LAMAN_WEB_PROSEDUR_AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_KAYU_BAGI_MEMBANTU_PROSES_.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa
menjalankan kerja amali dalam bengkel Kayu. Penggunaan mesin dan peralatan
dalam makmal menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan
atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran
dan keselamatan di kalangan peiajar adaiah dengan mewujudkan satu laman web
prosedur amalan keselamatan. Laman web prosedur amalan keselamatan dalam
bengkel kayu, merupakan salah satu daripada altenatif baru daiam proses
pembelajaran pada masa kini. Tiga aspek yang dibincangkan dalam kajian ini adaiah
seperti berikut, aspek pertama yang dibincangkan adaiah dari aspek kebolehgunaan
laman web dalam memotivasikan pelajar untuk belajar setelah menggunakannya.
Manakala aspek kedua yang dibincangan adalah untuk menentukan tahap kefahaman
pelajar setelah menggunakan laman web ini dan aspek ketiga yang dibincangkan
adalah untuk menentukan adakah laman web ini bersifat mesra pengguna.
Penganalisaan data dalam kajian ini adaiah menggunakan perisian SPSS (The statistical Package for Social Sciences) Setiap data yang diperolehi dianalisis
secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor minnya. Daripada
keputusan analisis data, dapatan kajian menunjukan bahawa keseluruhan responden
menyokong pembangunan laman web ini. Kesimpulannya, diharapkan dengan
pembangunan laman web ini dapat memantapkan lagi pengetahuan tentang amalan
keselamatan sedia ada dan didapati laman web boleh diterima pakai sebagai panduan
pengajar dan pelajar di bengkel kayu. |
|---|