Pengaruh faktor minat, keluarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh di antara empat faktor iaitu minat, dorongan keiuarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Seramai dua ratus tujuh puluh lapan pelajar wanita yang terdiri darip...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2003
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1230/ http://eprints.uthm.edu.my/1230/1/24_Pages_from_PENGARUH_FAKTOR_MINAT%2C_KELUARGA%2C_ROLE_MODEL_DAN_JANGKAAN_GAJI_TERHADAP_PELAJAR_WANIT.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh di antara empat faktor iaitu
minat, dorongan keiuarga, role model dan jangkaan gaji terhadap pelajar wanita dalam
menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Seramai dua ratus
tujuh puluh lapan pelajar wanita yang terdiri daripada pelajar program Kejuruteraan
Awam, Elektrik dan Mekanikal telah dijadikan sample kajian. Responden yang terlibat
merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Kolej Universiti Teknologi
Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti
Teknologi Mara (UiTM). Data dikumpul dengan menggunakan set soal selidik dan
dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences(SPSS 10.0
for Windows). Ujian Pekali Korelasi Spearman rho telah digunakan untuk mengenalpasti
hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan keempat empat
faktor yang telah dinyatakan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pelajar
wanita dalam menentukan bidang kejuruteraan sebagai suatu kerjaya masa hadapan. Oleh
yang demikian keempat-empat faktor tersebut perlulah memainkan peranan masingmasing
bagi mempertingkatkan penyertaan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan. |
|---|