Penilaian terhadap modul pembelajaran pengiklanan (MPP) di Politeknik Port Dickon

Kajian ini menggunakan modul pembelajaran sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan perbezaan pencapaian markah pelajar sebelum dan selepas guna modul, mengetahui suasana sebenar me...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Idris, Nor Rizan
格式: Thesis
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/1254/
http://eprints.uthm.edu.my/1254/1/24_Pages_from_PENILAIAN_TERHADAP_MODUL_PEMBELAJARAN_PENGIKLANAN_(MPP)_DI_POLITEKNIK_PORT_DICKSON.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini menggunakan modul pembelajaran sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan perbezaan pencapaian markah pelajar sebelum dan selepas guna modul, mengetahui suasana sebenar menggunakan modul dan mendapatkan maklum balas pensyarah terhadap modul yang dihasilkan. Kajian telah dijalankan ke atas para pelajar Diploma Pemasaran daripada Politeknik Port Dickson. Responden terdiri daripada 42 orang pelajar semester tiga yang sedang mengikuti mata pelajaran Pengurusan Promosi pada sesi 2001/02. Kajian ini melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam mata pelajaran ini di bawah tajuk pengiklanan. Penilaian modul ini dilakukan ke atas pelajar, pensyarah dan penyelidik sendiri dengan menggunakan kaedah borang soal selidik. pemerhatian, teknik pengujian dan temu bual. Dua pendekatan digunakan untuk mendapatkan data iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap modul pembelajaran ini. Sementara itu, teknik pengujian bagi pra-ujian dan pos-ujian dilakukan untuk menguji kefahaman dan penguasaan pembelajaran pe1ajar berdasarkan skor markah yang diperolehi. Pendekatan kualitatif pula digunakan untuk mendapatkan data melalui pemerhatian dan temubual secara bersemuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar dan pensyarah memberi maklum balas yang positif terhadap penerimaan kaedah pengajaran bermodul yang digunakan. Telah dikenal pasti beberapa cadangan terhadap moduI pembelajaran yang dihasilkan untuk pembaikan dan kajian lanjut akan datang.