Penghasilan modul motivasi kepuasan kerja terhadap staf elektronik perubatan
Memandangkan peranan staf teknikal yang semakin meningkat dalam tenaga kerja Malaysia, penyelidikan tentang kepuasan kerja dapat memberi gambaran terhadap pelbagai norma dan nilai mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada wujud tahap kepuasan kerja di kalangan staf elektronik peruba...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1281/ http://eprints.uthm.edu.my/1281/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MODUL_MOTIVASI_KEPUASAN_KERJA_TERHADAP_STAF_ELEKTRONIK_PERUBATAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Memandangkan peranan staf teknikal yang semakin meningkat dalam tenaga
kerja Malaysia, penyelidikan tentang kepuasan kerja dapat memberi gambaran
terhadap pelbagai norma dan nilai mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan
sama ada wujud tahap kepuasan kerja di kalangan staf elektronik perubatan di salah
sebuah syarikat elektronik perubatan. Syarikat ini mengendalikan peralatan di hospital
kerajaan di bandar-bandar Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Muar,
Seremban, Batu Pahat, Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan mengenai pasti faktor
organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja staf elektronik perubatan. Selain
daripada itu, kajian ini juga melihat perbezaan antara faktor demografi yang
mempengaruhi kepuasan kerja staf elektronik perubatan. Seramai 30 orang responden
staf elektronik perubatan telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini.
Instrumen yang digunakan iaiah borang soai selidik yang diubah sesuai daripada " Job
Descriptive Index" ( JDI ). Pernyataan JDI terdiri daripada lima faktor kepuasan kerja
iaitu gaji, pangkat, suasana kerja, penyelia dan teman sekerja. Data-data yang
diperolehi direkodkan menggunakan program SPSS versi 10 dan seterusnya beberapa
analisis telah dijalankan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan interval seperti
peratus, min, ujian-T dan Anova Sehala. Dapatan kajian ini menunjukkan staf-staf
eiektronik perubatan berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Sebaliknya min
keseluruhan faktor kepuasan kerja yang diperolehi menunjukkan mereka kurang
berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Oleh itu, satu modul motivasi kepuasan kerja
telah dihasilkan. Modul ini dibina berdasarkan konsep-konsep asas dan teori-teori
motivasi. Modul ini bertujuan memotivasi dan merangsangkan staf-staf elektronik
perubatan supaya lebih bermotivasi terhadap pekerjaan mereka. Semoga kajian ini
dapat menyelesaikan masalah kepuasan kerja. |
|---|