Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia
Kokurikulum merupakan satu daripada komponen yang penting dalam pembangunan kurikulum di mana antara peranannya ialah mensosialisasikan, membina semangat cintakan negara dan membangunkan potensi diri di kalangan pelajar. Namun begitu, belum ada kajian berkaitan peranan kokurikulum dalam membangunkan...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯: | |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Thesis |
| வெளியீடபà¯à®ªà®Ÿà¯à®Ÿà®¤à¯: |
2007
|
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.uthm.edu.my/1283/ http://eprints.uthm.edu.my/1283/1/24_Pages_from_PENERAPAN_KEMAHIRAN_GENERIK_MENERUSI_KOKURIKULUM_DI_POLITEKNIK_BAGI_MEMENUHI_KEPERLU.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Kokurikulum merupakan satu daripada komponen yang penting dalam
pembangunan kurikulum di mana antara peranannya ialah mensosialisasikan,
membina semangat cintakan negara dan membangunkan potensi diri di kalangan
pelajar. Namun begitu, belum ada kajian berkaitan peranan kokurikulum dalam
membangunkan pekerja yang berpotensi di industri. Satu daripada indikator potensi
kebolehpasaran ialah menguasai kemahiran generik. Oleh itll, tujuan penyelidikan ini
dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada kokurikulum yang dilaksanakan di
politeknik Malaysia, menerapkan kemahiran generik bagi menyediakan pelajar
sebagai bakal pekerja yang berpotensi memenuhi keperluan pihak industri di
Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif.
Data diperoleh menerusi tiga instrumen iaitll soal selidik, protokol temu bual dan
jadual pemerhatian. Responden dipilih dalam kalangan pihak industri, pensyarah,
pel ajar dan graduan politeknik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran generik
secara signifikan telah berjaya diterapkan menerusi kokurikulum di politeknik.
Dapatan juga menunjukkan graduan yang berkemahiran generik adalah diperlukan
oleh pihak industri di Malaysia. Namun begitu, dapatan kajian telah mengenal pasti
tahap penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum masih rendah secara
relatif dengan tahap keperluan kemahiran generik oleh pihak industri. Di samping
itu, terdapat kesilapan padanan secara relatif antara fokus utama penerapan
kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik dengan keperluan utama
kemahiran generik di industri. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk
menangani masalah tersebut. Antaranya ialah mempelbagaikan lagi jenis
kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar, menerapkan kemahiran penyelesaian
masalah dan membuat keputusan sebagai kemahiran utama yang dibangunkan
menerusi kokurikulul11 termasuklahjuga mewujudkan sistem penghargaan dan
penganugerahan oleh institusi kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum. |
|---|