Kemahiran keusahawanan: satu kajian analisis kandungan buku-buku teks
Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajarpelajar Institut Pengaji...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/129/ http://eprints.uthm.edu.my/129/1/muhammad_haron_husaini.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajarpelajar
Institut Pengajian Tinggi (IPT). Kajian dengan metod Analisis Kandungan (Content Analysis) ini dijalankan untuk meninjau sejauh mana buku-buku teks bahasa Arab yang digunapakai oleh pelajarpelajar Fakulti Pengurusan & Muamalat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengandungi ciri-ciri kamahiran keusahawanan seperti keupayaan meneroka peluang, membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti serta inovasi dalam aktiviti berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Kajian ini mencadangkan supaya beberapa pindaan perlu dibuat terhadap
kandungan buku-buku tersebut terutama penambahan kosa kata, frasa dan ayat yang berkaitan dengan bidang keusahawanan atau perniagaan. Contoh-contoh situasi yang ada kaitan dengan kehidupan dan pengkhususan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan minat dan kemahiran bahasa mereka.
Justeru, pendekatan, reka bentuk buku serta kaedah penyampaiannya yang memenuhi keperluan, semasa dan bersifat mesra pelanggan seharusnya dititikberatkan. |
|---|