Persepsi usahawan industri kecil bumiputera terhadap aspek perlaksaan strategi pemasaran :satu tinjauan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Strategi pemasaran memainkan peranan penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran daripada persepsi usahawan industri kecil bumiputera. Kajian ini dihara...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2001
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1323/ http://eprints.uthm.edu.my/1323/1/24_Pages_from_PERSEPSI_USAHAWAN_INDUSTRI_KECIL_BUMIPUTERA_TERHADAP_ASPEK_PERLAKSANAAN_STRATEGI_PEM.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Strategi pemasaran memainkan peranan penting untuk menentukan kejayaan atau
kegagalan sesebuah perniagaan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
aspek-aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran daripada persepsi
usahawan industri kecil bumiputera. Kajian ini diharapkan dapat memberi garis
panduan dan pengetahuan yang berguna kepada usahawan industri kecil bumiputera
tentang aspek-aspek yang sewajarnya diperlukan untuk melaksanakan strategi
pemasaran. Sampei kajian terdiri daripada 86 orang usahawan industri kecil bumiputera
yang terdapat di kawasan Parit Raja yang berada di bawah Mukim Sri Gading, Batu
Pahat, Johor. Instrument yang digunakan daiam kajian ini ialah borang soal selidik.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS (Statisticai Package for
Sociai Science) versi 10.0. Analisis deskriptif telah digunakan untuk mengetahui aspek aspek
yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran. Dapatan kajian
menunjukkan usahawan industri kecil bumiputera kurang memberi penekanan terhadap
aspek yang diperlukan untuk melaksanakan strategi pemasaran. Usahawan
menggunakan strategi-strategi yang tertentu sahaja dalam mengurus dan mengendaiikan
perniagaan mereka. Namun begitu, para usahawan ini mempunyai asas pengetahuan
yang baik tentang strategi pemasaran yang terdiri daripada strategi barangan, harga,
saluran agihan dan promosi. Pada bab akhir penulisan ini, beberapa cadangan dan idea
dikemukakan agar menjadi panduan dan rujukan para usahawan dan pihak-pihak yang
berkaitan. |
|---|