Tahap kompetensi lulusan Diploma Akauntansi Politeknik :satu kajian persepsi majikan
Perubahan persekitaran yang berlaku di dalam dunia perniagaan telah memberi tekanan kepada profesion perakaunan. Profesion menghadapi cabaran yang datang bersama-sama perkembangan di dalam ekonomi global yang menuntut kompetensi dalam aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian yang berbent...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1345/ http://eprints.uthm.edu.my/1345/1/24_Pages_from_TAHAP_KOMPETENSI_LULUSAN_DIPLOMA_AKAUNTANSI_POLITEKNIK__SATU_KAJIAN_PERSEPSI_MAJIKAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perubahan persekitaran yang berlaku di dalam dunia perniagaan telah memberi
tekanan kepada profesion perakaunan. Profesion menghadapi cabaran yang datang
bersama-sama perkembangan di dalam ekonomi global yang menuntut kompetensi
dalam aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian yang berbentuk deskriptif
ini bertujuan meninjau persepsi majikan terhadap tahap kompetensi lulusan Diploma
Akauntansi Politeknik dalam aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan etika kerja.
Populasi kajian adalah majikan kepada lulusan Diploma Akauntansi daripada tiga buah
politeknik iaitu Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu'adzam Shah, Kedah dan Politeknik Kuching, Sarawak. Borang soal selidik dihantar
melalui pos kepada 66 orang responden dan 25 borang telah dikembalikan. Dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 10.0, datadata
dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan peratusan dan nilai
min. Dapatan kajian menunjukkan majikan berpendapat bahawa lulusan Diploma
Akauntansi Politeknik mempunyai tahap kompetensi yang sederhana dalam aspekaspek
pengetahuan dan kemahiran, manakala mempunyai tahap kompetensi yang tinggi
dalam aspek-aspek sikap dan etika kerja. Secara keseluruhannya majikan berpendapat
lulusan Diploma Akauntansi Politeknik mempunyai tahap kompetensi yang sederhana. |
|---|