Fungsi program persediaan kerjaya :satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat, Johor

Kajian ini bertajuk "Fungsi program persediaan kerjaya: Satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor" Program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO merupakan satu-satunya program yang memfokuskan...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்: Hamat, Rosni
வடிவம்: Thesis
வெளியீடப்பட்டது: 2001
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/1502/
http://eprints.uthm.edu.my/1502/1/24_Pages_from_FUNGSI_PROGRAM_PERSEDIAAN_KERJAYA_SATU_KAJIAN_KES_DI_KALANGAN_SISWAZAH_PROGRAM_SARJA.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Kajian ini bertajuk "Fungsi program persediaan kerjaya: Satu kajian kes di kalangan siswazah program Sarjana Pendidikan (Teknikal) Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor" Program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO merupakan satu-satunya program yang memfokuskan kepada penghasilan bakal pensyarah untuk sektor pendidikan politeknik di Malaysia. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan graduan mengenai kesesuaian program Saijana Pendidikan (Teknikal) dengan kehendak profesion perguruan di Politeknik. Pelajar semester akhir program ini telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa majoriti responden bersetuju terdapatnya kerelevanan di antara kadar kepentingan ilmu dan kemahiran dengan ketrampilan graduan (purata min; 4.03 dan sisihan piawai; 0.31). Di samping itu, komponen kurikulum program Sarjana Pendidikan (Teknikal) adalah menepati dengan skop tugas guru profesional di Politeknik (purata min; 4.17 dan sisihan piawai; 0.21). Responden bersetuju bahawa semua komponen kurikulum yang sedia ada adalah penting. Subjek seperti MTI 2012; Falsafah Sains dan Pembangunan Sosial dan MTP 3012; Isu-isu Global paling penting, sementara MTT 2703; Pembangunan Sumber Manusia dalam Pendidikan dilihat sebagai paling kurang penting berbanding subjek-subjek lain. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati bahawa program Saijana Pendidikan (Teknikal) di KUiTTHO dapat menyumbang dalam meningkatkan kualiti pensyarah-pensyarah profesional. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada perancang dan pembentuk kurikulum di KUiTTHO untuk meningkatkan kualiti program Saijana Pendidikan (Teknikal) pada masa akan datang.