Kajian tahap profesionalisme keguruan lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO di Politeknik

Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO : Laporan Kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kualiti profesionalisme keguruan yang dimiliki oleh lepasan Sarjana Pendidikan KU...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang Utama: Hussin, Nor Haziah
Format: Thesis
Diterbitkan: 2003
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/1519/
http://eprints.uthm.edu.my/1519/1/24_Pages_from_KAJIAN_TAHAP_PROFESIONALISME_KEGURUAN_LEPASAN_SARJANA_PENDIDIKAN_KUITTHO_DI_POLITEKN.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Laporan Projek Sarjana ini mempersembahkan hasil kajian yang bertajuk "Kajian Tahap Profesionalisme Keguruan Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO : Laporan Kendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri kualiti profesionalisme keguruan yang dimiliki oleh lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO di Politeknik dan mengenalpasti sejauhmana kecenderungan lepasan Saijana Pendidikan KUiTTHO untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Sampel kajian adalah seramai 23 orang responden. Kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO yang bertugas di Bahagian Perdagangan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Kesemua data di analisis dalam bentuk deskriptif dan frekuensi. Kaedah peratusan digunakan untuk menganalisis data bagi latarbelakang responden. Manakala kaedah purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi ciri-ciri kualiti yang disenaraikan iaitu dari segi pengetahuan dalam bidang yang diajar, kemahiran dan kaedah pengajaran serta sahsiah yang dimiliki dan tahap kecenderungan responden untuk meningkatkan tahap profesionalisme. Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai ciri-ciri kualiti yang diperlukan untuk memenuhi tahap profesionalisme keguruan dan responden juga mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan tahap profesionalisme keguruan yang ada. Di akhir kajian ini, pengkaji mencadangkan agar diwujudkan satu Panduan Ringkas Penilaian Tahap Profesionalisme Keguruan yang boleh digunakan sebagai kriteria/panduan dalam proses pemilihan pensyarah baru dan panduan kepada pensyarah sedia ada dan dicadangkan supaya kajian ini dilanjutkan ke seluruh Politeknik di Malaysia.