Merekabentuk dan menilai peralatan serbaguna untuk ujikaji keseimbangan daya, roda tenaga dan peluncuran
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kebolehgunaan peralatan ujikaji serbaguna sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Peralatan ujikaji serbaguna ini telah dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas tempat kajian, tinjauan ke atas keperluan sedi...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1543/ http://eprints.uthm.edu.my/1543/1/24_Pages_from_MEREKABENTUK_DAN_MENILAI_PERALATAN_SERBAGUNA_UNTUK_UJIKAJI_KESEIMBANGAN_DAYA%2C_RODA_T.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti kebolehgunaan peralatan ujikaji
serbaguna sebagai salah satu alat bantu pembelajaran. Peralatan ujikaji serbaguna ini telah
dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas
tempat kajian, tinjauan ke atas keperluan sedia ada, pelajar-pelajar seterusnya kepada
tenaga pengajar. Kajian ini dilakukan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO) dengan menggunakan 40 orang pelajar kejuruteraan mekanikal sebagai
sampel kajian.. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianalisis
dalam bentuk skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS Versi 11.0) bagi menentukan tahap kebolehgunaan peralatan ujikaji
dan aspek mesra pengguna. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi kebolehgunaan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah 3.81, persembahan rekabentuk peralatan ialah
3.87 dan keselesaan interaksi pengguna 3.73 adalah tinggi. Oleh itu, hasil kajian
mendapati peralatan ujikaji serbaguna ini memenuhi kriteria-kriteria di atas. |
|---|