Penghasilan garis panduan pembinaan item ujian buatan guru
Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru. Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Dari pengalaman da...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2002
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1580/ http://eprints.uthm.edu.my/1580/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_GARIS_PANPUAN_PEMBINAAN_ITEM_UJIAN_BUATAN_GURU.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Ujian adalah merupakan suatu alat yang bersistem yang bertujuan untuk melihat
tahap pencapaian pembelajaran pelajar serta tahap keefektifan pengajaran guru.
Maka, ianya harus dibina mengikut peraturan-peraturan tertentu, manakala prosedur
di dalam mentadbirkannya harus ditentukan. Dari pengalaman dan pemerhatian
pengkaji, didapati bahawa pembinaan item-item ujian yang bertujuan untuk menilai
tahap pencapaian pelajar hanyalah berdasarkan kreativiti pensyarah matapelajaran itu
sendiri. Mengikut penyelidikan dan pengamatan pengkaji, belum terdapat satu
prosedur atau peraturan yang boleh dijadikan sebagai panduan agar item ujian yang
dibina tidak menyimpang jauh dari objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Sejajar dengan peri pentingnya ujian sebagai instrumen dalam menilai tahap
pencapaian pelajar, sebuah manual (buku panduan) yang bertajuk Garis Panduan
Pembinaan Item Ujian Buatan Guru telah dihasilkan. Kandungan manual ini
meliputi prosedur serta penerangan terhadap langkah-langkah yang perlu diambil
perhatian dalam penyediaan item ujian objektif dan ujian esei. Tinjauan terhadap
bakal pengguna telah menunjukkan penerimaan yang positif, dimana secara
keseluruhannya mereka berpendapat bahawa prosedur yang di pertunjukkan oleh
manual ini amat baik dan dicadangkan agar ianya menjadi satu peraturan yang
khusus dalam pembinaan ujian. Ini menunjukkan bahawa produk yang dibangunkan
adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai panduan para pendidik atau pembina
ujian (test constructor). Dengan penghasilan panduan dalam merekabentuk struktur
ujian atau penilaian ini, adalah dijangkakan ianya akan dapat membantu para
pendidik di dalam menyediakan instrumen ujian dengan masa yang lebih singkat
serta mempunyai tahap kualiti yang baik serta ujian yang dilakukan mencapai
matlamat atau objektif seperti yang telah ditetapkan dan dimasa yang sama
mempunyai kesahan serta kebolehpercayaan yang tinggi. |
|---|