Penghasilan instrumen psikometrik bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar
Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar pengajian tinggi seperti yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Walau bagaimana pun belum terdapat satu instrumen yang boleh di gunakan bagi mengukur Kemahiran Insaniah yang dimiliki oleh pelajar. Oleh itu,...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1581/ http://eprints.uthm.edu.my/1581/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_INSTRUMEN_PSIKOMETRIK_BAGI_MENGUKUR_TAHAP_PENGUASAAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemahiran Insaniah merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar
pengajian tinggi seperti yang dikemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Walau bagaimana pun belum terdapat satu instrumen yang boleh di
gunakan bagi mengukur Kemahiran Insaniah yang dimiliki oleh pelajar. Oleh itu,
kajian ini bertujuan untuk menghasilkan dan mengenai pasti sama ada instrumen
psikometrik yang dihasilkan mempunyai kebolehpercayaan bagi tujuan mengukur
tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Sampel kajian melibatkan pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda UTHM
yang dipilih secara rawak untuk dijadikan responden kajian. Pengedaran soal selidik
telah di tadbir sendiri oleh pengkaji dengan mengedarkan dan memungutnya terus
daripada responden. Bagi mendapatkan indeks kebolehpercayaan bagi instrumen
yang dihasilkan tiga kaedah dengan menggunakan program SPSS versi 11.0. Kajian
rintis telah dijalankan sebanyak dua kali melibatkan 40 orang responden bagi rintis
pertama yang bertujuan menguji kebolehpercayaan item bagi bahagian 1 dan 15
orang responden bagi rintis kedua yang bertujuan menguji kebolehpercayaan item
bagi bahagian 2 dengan menggunakan Kaedah Konsistensi Dalaman dan Kaedah
Pemisahan Separa atau Kaedah Bahagi Dua. Bagi kajian sebenar kaedah
penganalisisan data adalah menggunakan Korelasi Pearson, yang bertujuan untuk
melihat korelasi skor di antara Ujian Pra-Pasca bagi 140 orang responden kajian.
Keputusan Ujian Pra-Pasca mendapati lima daripada tujuh bahagian kemahiran yang
dibangunkan mempunyai tahap korelasi, r=0.70 ke atas pada aras kesignifikinan
p<0.01 yang bererti bahawa instrumen sesuai dan boleh dipercayai untuk mengukur
tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar UTHM. Setelah analisis dilakukan
terhadap tahap penguasaan Kemahiran Insaniah pelajar, didapati tahap penguasaan
pelajar berada pada tahap baik sahaja. Ini memperlihatkan banyak lagi usaha perlu
dilakukan dalam meningkatkan Kemahiran Insaniah pelajar-pelajar ini. |
|---|