Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran
Isu gangguan seksual di tempat kerja memang sudah terlalu banyak diperkatakan namun secara sedar atau tidak gangguan seksual juga sebenarnya sudah lama menular ke institusi-mstitusi pendidikan dan keadaan ini sebenarnya sudah boleh dianggap merbahaya kerana secara tidak langsung ia boleh mengancam d...
Disimpan dalam:
| Pengarang Utama: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Diterbitkan: |
2003
|
| Subjek-subjek: | |
| Capaian Atas Talian: | http://eprints.uthm.edu.my/1595/ http://eprints.uthm.edu.my/1595/1/24_Pages_from_TAHAP_KESEDARAN_PELAJAR_TENTANG_ISU_GANGGUAN_SEKSUAL_DAN_KESANNYA_TERHADAP_PEMBELAJA.pdf |
| Penanda-penanda: |
Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
|
| Ringkasan: | Isu gangguan seksual di tempat kerja memang sudah terlalu banyak diperkatakan
namun secara sedar atau tidak gangguan seksual juga sebenarnya sudah lama menular ke
institusi-mstitusi pendidikan dan keadaan ini sebenarnya sudah boleh dianggap
merbahaya kerana secara tidak langsung ia boleh mengancam dan mengganggu gugat
proses pembelajaran pelajar dan juga kelancaran sistem pengajaran sesebuah institusi
pendidikan itu. Justeru itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji sejauh
manakah tahap kesedaran pelajar Diploma Pelancongan, Politeknik Johor Bharu (PJB)
tentang isu gangguan seksual yang wujud di institusi-institusi pendMikan. Selain daripada
itu, kajian mi juga dihasilkan untuk mengkaji kewujudan kesan-kesan negatif terhadap
pembelajaran akibat diganggu secara seksual serta mengkaji keperluan diwujudkan satu
produk Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan sebagai
salah satu mekanisma bimbingan yang boleh digunakan oleh para pelajar, pensyarah dan
kakitangan di Politeknik Johor Bharu untuk mempertahankan diri. Dengan menggunakan
instrumen borang soal selidik dan temuramah, seramai 100 orang responden dipilih yang
terdiri daripada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, PJB. Menerusi kajian
yang dijalankan, didapati kebanyakkan pada responden pernah mengalami gangguan
seksual tetapi malangnya ianya agak sukar untuk disedari. Tahap kesedaran para pelajar
tentang kewujudan gangguan seksual di institusi pendidikan juga masih di tahap
sederhana dan perlukan perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk
meningkatkan tahap kesedaran mereka. Gangguan seksual juga dikenalpasti sebagai
penyumbang kepada kesan negatif terhadap pembelajaran mangsa. Keperluan
diwujudkan sebuah Buku Panduan Keselamatan Gangguan Seksual mendapat sambutan
baik dari semua pelajar sebagai mekanisma mencegah dan seterusnya membanteras
gejala gangguan seksual yang boleh dianggap sebagai racun perosak kepada
ketenteraman suasana pembelajaran di dalam kampus. |
|---|