Kemudahan, sikap dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Sekolah Menengah Teknik di Malaysia
Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Data kajian telah...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1679/ http://eprints.uthm.edu.my/1679/1/MOHD_HASRIL_AMIRUDDIN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini diperoleh melalui kajian lepas yang
telah diubahsuai. Melalui soal selidik tersebut, terdapat beberapa soalan telah diubahsuai
agar bersesuaian dengan tujuan kajian yang dijalankan dan dapat menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan. Data kajian telah diproses menggunakan perisian Statiscal
Process for Social Science (SPSS) versi 15. Hasil dapatan kajian dihuraikan secara
deskriptif seperti taburan frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Hasil kajian mendapati bahawa kemudahan TMK di Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional Program Integrasi di Malaysia adalah berada di tahap sederhana. Dapatan
juga menunjukkan bahawa sikap guru dalam penggunaan TMK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah positif. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa
tahap kemahiran dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran guru adalah pada
tahap mahir dan pada item tertentu masih perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi.
Kajian ini diharapkan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dalam menyediakan latihan serta program berkaitan kemahiran menggunakan
kemudahan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi bagi
memastikan guru-guru sedia ada ataupun bakal-bakal guru benar-benar bersedia
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung dapat
melahirkan pelajar generasi baru yang celik teknologi maklumat dalam menempuh era
siber yang lebih mencabar. |
|---|