Penyertaan belia dalam aktiviti Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan

Kertas kajian mengkaji penyertaan ahli Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. Enam aspek yang diteliti adalah penghuraian tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan, penyertaan responden dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah serta tahap pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Isa, Khairunesa, Mohamed Yusof, Mohamed Azrul Syam
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1719/
http://eprints.uthm.edu.my/1719/1/Khairunesa_Isa_FSSW_(PKSS_2011).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kajian mengkaji penyertaan ahli Gerakan Belia 4B di komuniti Petaling Jaya Selatan, Selangor Darul Ehsan. Enam aspek yang diteliti adalah penghuraian tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan, penyertaan responden dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah serta tahap penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Seramai 60 ahli Gerakan Belia 4B telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu kaedah temubual bersemuka berasaskan panduan temubual dan soal selidik yang ditadbir sendiri. Hasil kajian mendapati pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan pada tahun 2005 hingga 2006 masih diteruskan seperti Pameran Anti Dadah, Sambutan Kemerdekaan, Kursus Hala Tuju, Kursus Jati Diri dan lain-lain lagi. Penyertaan belia dalam perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah menunjukkan majoriti belia menyertai setiap aktiviti yang dilakukan. Hasil analisis mendapati bahawa lebih kurang separuh tahap penyertaan responden adalah sederhana dalam keempat-empat kategori aktiviti yang disediakan. Kesimpulannya, majoriti responden yang tinggal di kawasan kajian menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan dan terlibat dalam proses perancangan, perlaksanaan, penilaian dan perkongsian faedah.