Komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di negeri Melaka
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di Negeri Melaka. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi ini daripada 3 aspek utama iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi lisan...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/183/ http://eprints.uthm.edu.my/183/1/mohd_safiee.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penguasaan komunikasi interpersonal dalam pengajaran di kalangan
guru-guru teknikal Sekolah Menengah Teknik di Negeri Melaka. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat
aspek komunikasi ini daripada 3 aspek utama iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi lisan dan komunikasi
bukan lisan. Seramai 80 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Responden yang dipilih
terdiri daripada guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di negeri Melaka. Data yang dikumpulkan telah
dianalisis menggunakan skor min, Ujian T Tak Bersandar dan ANOVA sehala. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik menguasai kemahiran komunikasi ini dengan baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi di kalangan guruguru teknikal yang berlainan jantina, pengalaman mengajar dan kelulusan akademik. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi interpersonal di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik yang boleh dilaksanakan untuk kajian lanjutan. |
|---|