Pelaksanaan latihan sambil kerja (OJT) satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kementerian Sumber Manusia

Kajian bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (On Job Training, OJT) oleh pelatih-pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi kursus juruelektrik di tiga buah ILP. Pemilihan tiga buah ILP (ILP Pasir Gudang Johor, ILP Bukit Katil Melaka dan ILP Kuala Lumpur) meliba...

முழு விளக்கம்

Saved in:
நூற்பட்டியல் விவரங்கள்
தலைமை எழுத்தாளர்கள்: Ibrahim, Badaruddin, Daud, Md Razak, Mohd Salleh, Kahirol, Mustafa, Mohd Zaid, Sulaiman, Norlisa
வடிவம்: Conference or Workshop Item
வெளியீடப்பட்டது: 2008
பகுதிகள்:
நிகழ்நிலை அணுகல்:http://eprints.uthm.edu.my/1915/
http://eprints.uthm.edu.my/1915/1/PELAKSANAAN_LATIHAN_SAMBIL_KERJA_BADARUDDIN_IBRAHIM.pdf
குறியீடுகள்: குறிச்சொல் இணை
குறியீடுகள் இல்லை, இந்த குறிச்சொல்லை முதலில் பதிவு செய்யுங்கள்!
விளக்கம்
தொகுப்பு:Kajian bertujuan untuk mengenalpasti tahap pelaksanaan Latihan Sambil Kerja (On Job Training, OJT) oleh pelatih-pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi kursus juruelektrik di tiga buah ILP. Pemilihan tiga buah ILP (ILP Pasir Gudang Johor, ILP Bukit Katil Melaka dan ILP Kuala Lumpur) melibatkan 94 orang responden yang terdiri daripada pelatih juruelektrik sahaja. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan data yang digunakan berbentuk data primer dan data skunder. Instrumen borang soal selidik digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5 bagi mendapatkan peratus, min, sisihan piawai bagi mempamerkan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelatih ILP dengan teori dan kemahiran sebelum menjalani latihan sambil kerja (OJT) selama 6 bulan di sesebuah organisasi adalah sederhana (skor min 3.6501). Pelatih ILP juga dapat melaksanakan tugas yang diarahkan oleh majikan dengan baik (skor min 3.9197). Secara keseluruhan tahap pelaksanaan OJT oleh pelatih juruelektrik adalah sederhana dengan kecenderungan min adalah 3.7129. Tahap sederhana ini menunjukkan pelatih ILP perlu meningkatkan tahap penguasaan kandungan teori, lisan dan amali serta memperbaiki tahap kerjasama dengan majikan semasa OJT.