Penguasaan kemahiran pemesinan Computer Numerical Control (CNC) dalam kalangan pelajar diploma di Politeknik dan Institusi Kemahiran di Malaysia
Perkembangan teknologi canggih dalam industri pembuatan menimbulkan masalah kepada majikan di industri yang memerlukan tenaga pekerja mahir dalam bidang pemesinan CNC. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap penguasaan kemahiran pemesinan CNC di kalangan pelajar yang mengambil kurs...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/1928/ http://eprints.uthm.edu.my/1928/1/PENGUASAAN_KEMAHIRAN_PEMESINAN_COMPUTER_AINI_NAZURA_PAIMIN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkembangan teknologi canggih dalam industri pembuatan menimbulkan masalah kepada majikan di
industri yang memerlukan tenaga pekerja mahir dalam bidang pemesinan CNC. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk mengenai pasti tahap penguasaan kemahiran pemesinan CNC di kalangan pelajar yang
mengambil kursus diploma di politeknik dan institusi kemahiran di Malaysia. Kajian dibuat menggunakan
instrumen soal selidik dan temu bual. Instrumen soal selidik melibatkan populasi pelajar Diploma
Kejuruteraan Mekanikal di politeknik (N=47) dan pelajar kursus Diploma Teknologi Pembuatan(N=96)
beserta majikan tempat pelajar ini menjalani latihan industri. Instrumen temu bual digunakan bagi tujuan
temu bual ke atas ketua jabatan dan pensyarah di politeknik serta pengurus dan tenaga pengajar di institusi
kemahiran. Hasil kajian menunjukkan penguasaan kemahiran pemesinan CNC di kalangan pelajar adalah
sederhana menurut persepsi majikan. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar, pensyarah dan tenaga
pengajar mempamerkan keterampilan yang baik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Secara
keseluruhan, terbukti bahawa kesemua faktor yang telah disenaraikan seperti kurikulum, prasarana dan
kemudahan sistem sokongan mempengaruhi penguasaan kemahiran teknikal pelajar manakala faktor utama
adalah sikap dan minat pelajar dalam menguasai kemahiran pemesinan CNC. |
|---|