Pembelajaran berbantukan animasi 3D untuk amali fizik

Perkembangan teknologi maklumat dan multimedia telah membawa satu dimensi besar dalam kaedah penyampaian maklumat kepada audien. Teknologi ini mampu memberikan penyampaian yang lebih baik dan berkesan berbanding kaedah konvensional. Justeru itu banyak aplikasi teknologi maklumat dan multimedia telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Mohd Kamarulzaki, Othman, Muhammad Fakri, Othman, Nurul Hidayah
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/1940/
http://eprints.uthm.edu.my/1940/1/PEMBELAJARAN_BERBANTUKAN_ANIMASI_3D_MOHD_KAMARUL_ZAKI_2005.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi maklumat dan multimedia telah membawa satu dimensi besar dalam kaedah penyampaian maklumat kepada audien. Teknologi ini mampu memberikan penyampaian yang lebih baik dan berkesan berbanding kaedah konvensional. Justeru itu banyak aplikasi teknologi maklumat dan multimedia telah digunakan untuk meningkatkan teknik penyampaian dan persembahan seperti penggunaan multimedia dan internet. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi ICT dan multimedia untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Penggunaan teknologi ini dilihat sebagai satu alternatif yang dapat menarik tumpuan audien dan seterusnya dapat menghasilkan gambaran dan pemahaman yang lebih jelas. Projek ini menghasilkan animasi tiga dimensi eksperimen fizik yang dijalankan oleh pelajar tahun satu di universiti. Hasil daripada projek berbentuk informasi ini memudahkan pelajar melakukan eksperimen fizik dengan lebih lancar dalam masa yang ditetapkan. Selain daripada mempunyai animasi dalam tiga dimensi setiap alat yang digunakan, prosedur amali juga diterangkan satu persatu dengan bantuan audio. Modul ini juga memberikan pengguna kawalan sepenuhnya untuk meneroka keseluruhan kandungan dan kaedah melakukan sesuatu eksperimen.