Pembentukan penunjuk dan indeks kualiti hidup bagi mengukur kesejahteraan hidup masyarakat di Pekan Parit Raja, Johor

Di Malaysia, proses transformasi sememangnya berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi termasuk di pekan kecil. Isu transformasi yang berlaku di pekan kecil pada asasnya telah memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shafii, Haryati, Miskam, Nurasyikin
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2016/
http://eprints.uthm.edu.my/2016/1/Hayati_FPTPK_(PKGAS).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, proses transformasi sememangnya berkait rapat dengan kesan pembangunan akibat daripada pertumbuhan ekonomi termasuk di pekan kecil. Isu transformasi yang berlaku di pekan kecil pada asasnya telah memberi kesan perubahan pelbagai sudut mencakupi pertumbuhan ekonomi, perkembangan perindustrian, prasarana dan perumahan. Perubahan tersebut sekaligus menyaksikan sebuah pekan kecil menjadi padat dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyatnya. Namun demikian, kesan pembangunan terhadap alam sekitar turut terheret di kawasan bandar malahan luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan persekitaran yang merosot menjejaskan kualiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakatnya. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perkembangan pembangunan dan persekitaran pekan Parit Raja, mengkaji perubahan sosioekonomi penduduk setempat dan mengkaji keperluan dan kehendak penduduk setempat mengikut ruang dan masa. Kawasan kajian hanya meliputi kawasan Parit Raja iaitu 1.80 peratus daripada keluasan kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dimana skop memberi tumpuan kepada transformasi yang dialami di pekan Parit Raja dari segi perkembangan fizikal, sosial dan ekonomi. Untuk itu, kaedah pemerhatian di lapangan telah dijalankan, kaedah temubual dan pengedaran borang soal selidik. Kajian ini dijangka dapat menilai aras semasa keupayaan pekan kecil ini menerima pembangunan serta mengesan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat. Selain itu juga, kajian ini dijadikan wacana dalam meningkatkan kefahaman terhadap aspek kelestarian dalam proses perbandaran. Malah kajian ini diharapkan berupaya membentuk penunjuk dan indeks kualiti hidup di pekan Parit Raja yang mengambil kira kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat di dalamnya