Kajian penyediaan fasiliti orang kurang upaya (OKU) di institusi kerajaan di Nusajaya, Johor Bahru

Selaras dengan pertambahan bilangan orang kurang upaya (OKU), maka lebih banyak projek yang berkaitan dengan keperluan pengguna OKU perlu dibina. Namun dalam keghairahan mengejar keperluan permintaan yang semakin meningkat, kita seolah-olah lupa kepada tanggungjawab sosial yang perlu diambilkira dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sanmargaraja, Shalini, Ta Wee , Seow
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2027/
http://eprints.uthm.edu.my/2027/1/Seow_Ta_Wee_FPTPK_(PKGAS).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Selaras dengan pertambahan bilangan orang kurang upaya (OKU), maka lebih banyak projek yang berkaitan dengan keperluan pengguna OKU perlu dibina. Namun dalam keghairahan mengejar keperluan permintaan yang semakin meningkat, kita seolah-olah lupa kepada tanggungjawab sosial yang perlu diambilkira dalam setiap pembangunan. Aksesibiliti merupakan aspek yang penting dalam industri pembinaan. Hal ini kerana penekanan asksesibiliti dalam industri ini akan dapat mengurangkan segala permasalahan mudah capai dalam dan luar sesebuah bangunan kerajaan, swasta dan sebagainya. Walaupun wujud beberapa akta yang berkaitan namun ia masih belum mencukupi untuk menangani pelbagai masalah kekurangan fasiliti yang berlaku. Kajian ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan OKU untuk hidup dalam keadaan yang selesa dan menikmati semua fasiliti yang disediakan seperti orang lain.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji penyediaan dan perancangan fasiliti OKU di institusi kerajaan di Bandar Nusajaya, Johor Bahru dan mengkaji pandangan warga OKU terhadap fasiliti yang telah disediakan. Kajian ini akan dijalankan di institusi kerajaan di Bandar Nusajaya, Johor Bahru. Kajian ini tertumpu kepada kemudahan OKU yang disediakan dalam dan luar bangunan kerajaan. Kaedah metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti kaedah kajian literatur, pemerhatian, pengauditan, borang soal selidik dan temu bual. Hasil kajian yang didapati menunjukkan bahawa fasiliti OKU yang terdapat di setiap bangunan masih berada dalam tahap kekurangan dan fasiliti tersebut perlu dibaiki dan dilakukan penambahbaikan secepat mungkin untuk meningkatkan kualiti fasiliti OKU