Kemahiran employability di kalangan pelajar Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti elemen-elemen kemahiran "employability" yang telah diterapkan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan kepentingannya bagi majikan industri di Malaysia. Sampel kajian adalah terdiri daripada tenaga pengaj...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2042/ http://eprints.uthm.edu.my/2042/1/KEMAHIRAN_EMPLOYABILITY_DI_KALANGAN_PELAJAR_AHMAD_RIZAL_MADAR_2009.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenai pasti elemen-elemen kemahiran "employability" yang telah
diterapkan oleh tenaga pengajar kolej komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)
dan kepentingannya bagi majikan industri di Malaysia. Sampel kajian adalah terdiri daripada
tenaga pengajar kolej komuniti KPTM dan majikan industri merangkumi di zon selatan iaitu
seramai270 orang. Pemilihan sampel dibuat berdasarkan sampel bertujuan {purposive sampling).
Kajian ini lakukan dengan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Data-data kajian diperolehi
melalui soal selidik. Dua set soal selidik yang mempunyai kandungan yang sama tetapi berlainan
format disediakan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan
inferensi. Statistik min dan rank digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Statistik ujian-T
tidak bersandar pula digunakan untuk menentukan perbezaan kemahiran "employability" antara
persepsi majikan industri dan persepsi tenaga pengajar kolej komuniti KPTM. Hasil analisis data
didapati tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM memberikan persetujuan bahawa mereka telah
menerapkan elemen kemahiran "employability" . Hasil dari analisis juga didapati kedua-dua
belah pihak iaitu tenaga pengajar Kolej Komuniti KPTM dan majikan industri bersetuju bahawa
ketiga-tiga elemen kemahiran "employability" (kemahiran komunikasi, kemahiran kerja
kumpulan,kemahiran ICT secara keseluruhan). ini adalah penting. |
|---|