Kepentingan fungsi gaya berfikir sternberg dalam institusi pengajian tinggi
Gaya yang dimaksudkan adalah keutamaan gaya terhadap berfikir (Sternberg, 1997). Ia bukan suatu kebolehan, tetapi bagaimana kita menggunakan kebolehan yang sedia ada. Grigorenko dan Zhang (2008) berpendapat bahawa gaya berfikir merupakan perbezaan dalam pendekatan untuk suatu tugasan dan pertentanga...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2009
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2044/ http://eprints.uthm.edu.my/2044/1/KEPENTINGAN_FUNGSI_GAYA_BERFIKIR_STERNBERG_YEE_MEI_HEONG_2009.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Gaya yang dimaksudkan adalah keutamaan gaya terhadap berfikir (Sternberg, 1997). Ia bukan suatu
kebolehan, tetapi bagaimana kita menggunakan kebolehan yang sedia ada. Grigorenko dan Zhang
(2008) berpendapat bahawa gaya berfikir merupakan perbezaan dalam pendekatan untuk suatu tugasan
dan pertentangan pendapat dengan kebolehan masing-masing. Manusia mempunyai Fungsi Gaya
Berfikir yang berlainan. Jenis Fungsi Gaya Berfikir dan kepelbagaian pemikiran adalah dua aspek
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para pensyarah dan pelajar perlu
mengetahui kekuatan dan kelemahan diri justeru berupaya mengecapi kecemerlangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan. Sehubungan dengan ini, satu kajian tentang
kepentingan Fungsi Gaya Berfikir Sternberg dalam institusi pengajian tinggi telah dirancang untuk
tujuan di atas. Artikel ini mengemukakan idea awal kajian ini. Elemen-elemen penting yang telah
dikenal pasti dalam Fungsi Gaya Berfikir Sternberg termasuk : (a) Gaya Legislatif, (b) Gaya Eksekutif,
dan (c) Gaya Kehakiman. Perbincangan artikel ini juga menyentuh defmisi, jenis pemikiran dan gaya
berfikir. Selain itu, artikel ini turut membicarakan Model Gaya Berfikir Sternberg (1997) dan
kepentingan Fungsi Gaya Berfikir Sternberg dalam institusi pengajian tinggi.
|
|---|