Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat di bandar
Kemajuan bagi sesebuah negara dilihat melalui pencapaian ekonomi dan kepesatan pembangunan di dalamnya. Pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi, kemudahan infrastruktur, sosial dan budaya adalah bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Tidak dapat dinafikan dalam menjalani proses pe...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Book |
| Published: |
Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://penerbit.uthm.edu.my http://penerbit.uthm.edu.my http://eprints.uthm.edu.my/2112/1/Tempat_tinggal_dan_kuantiti_hidup_masyarakat_Bandar_.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kemajuan bagi sesebuah negara dilihat melalui pencapaian ekonomi dan kepesatan pembangunan di dalamnya. Pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi, kemudahan infrastruktur, sosial dan budaya adalah bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Tidak dapat dinafikan dalam menjalani proses pembangunan banyak perkara yang harus dikorbankan. Ini kerana pembangunan terpaksa dijalankan demi memenuhi tuntutan dan keperluan negara. Walau bagaimana pun, sekiranya pembangunan dijalankan secara tidak terkawal, dan mengenepikan aspek pengurusan alam sekitar, pembangunan itu dianggap sebagai bencana kerana impaknya akan mempengaruhi persekitaran manusia. Ini kerana sebarang perubahan yang berlaku terhadap persekitaran fizikal akan turut menjejaskan persekitaran manusia.
Buku ini memuatkan hasil penyelidikan mengenai tempat tinggal dan kualiti hidup hidup masyarakat di bandar. Tinjuan kajian dilakukan dari aspek kualiti masyarakat di beberapa taman perumahan sekitar Bandar Kajang, Selangor. Aspek kualiti hidup yang dikaji adalah mencakupi keselesaan termal dalam dan luar rumah, tempat tinggal, dan interaksi antara penduduk dengan persekitaran mereka. Penilaian kualiti hidup yang mencakupi dalam dan luar rumah merupakan penilaian kualiti hidup yang menyeluruh kerana mengambilkira penilaian yang bersifat objektif dan subjektif. Objektif kerana ianya boleh diukur seperti keselesaan termal dan kesampaian penduduk kepada persekitaran. Manakala subjektif bagi menilai persepsi penduduk terhadap keselesaan mereka mendiami kediaman mereka.
Buku ini telah berjaya mendedahkan kualiti hidup masyarakat di bandar daripada aspek menghuni kediaman, persekitaran, ketersampaian kepada kemudahan sehinggalah kepada penyediaan kemudahan di kawasan tempat tinggal. Adalah diharapkan buku ini dapat mengisi kelohongan ilmu dalam bidang pengurusan persekitaran terutama berkaitan dengan kualiti hidup di tempat tinggal dan menjadi panduan kepada pembaca di luar sana yang berminat terhadap pengurusan persekitaran.
Penerbitan buku ini adalah satu langkah penting ke arah perkongsian ilmu dan meningkatkan lagi minat, kefahaman dan kecederungan para pembaca terhadap pengurusan persekitaran sejajar dengan objektif negara bagi mewujudkan pembangunan mampan. |
|---|