Kebolehpercayaan inventori kemahiran generik

Artikel ini bertujuan untuk melaporkan prosedur untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori yang dinamakan, ‘Soal selidik kemahiran generik,’ bagi tujuan mengukur jenis-jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri berorientasikan eksport di Malaysia. Inventori tersebut digunakan seba...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Esa, Ahmad, Md Yunos, Jailani, Kaprawi, Noraini
格式: Article
出版: 2005
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/2179/
http://eprints.uthm.edu.my/2179/1/Jurnal_Sains_Sosial_KUiTTHO._Jil._3_Bil.1_Disember_2005._Ms._41%2D57(f).pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Artikel ini bertujuan untuk melaporkan prosedur untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori yang dinamakan, ‘Soal selidik kemahiran generik,’ bagi tujuan mengukur jenis-jenis kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak industri berorientasikan eksport di Malaysia. Inventori tersebut digunakan sebagai instrumen dalam menjalankan penyelidikan peringkat ijazah doktor falsafah yang bertajuk, ‘Penerapan Kemahiran Generik Menerusi Kegiatan Kokurikulum Di Politeknik Bagi Memenuhi Kehendak Industri.’ Kajian rintis telah dijalankan terhadap 50 orang wakil pengurusan pihak industri berorientasikan eksport untuk mendapatkan kebolehpercayaan inventori tersebut. Pemilihan Sampel dilakukan secara random daripada senarai industri berorientasikan eksport yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE (2003). Pengumpulan soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik dengan mengedarkan dan memungutnya secara terus daripada pihak industri. Prosedur kebolehpercayaan yang digunakan ialah Reliability Analysis –Scale Alpa untuk mendapatkan nilai Alfa Cronbach dan nilai korelasi antara item dengan menggunakan program SPSS ( versi 11.5).Keputusan petunjuk kesahan adalah tinggi iaitu kesemua item mempunyai nilai korelasi antara item melebihi 0.30 dan nilai alfa kebolehpercayaan yang amat baik iaitu 0.9748.