Faktor-faktor kesukaran penjanaan idea dalam kalangan pelajar rangkaian Universiti Teknikal Malaysia
Idea adalah buah fikiran kreatif atau inovasi yang sangat penting kepada kita kerana idea dapat membantu kita membuat keputusan, menyelesaikan sesuatu masalah atau menjana idea produk konkrit dan abstrak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kesukaran penjanaan idea dalam kala...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2188/ http://eprints.uthm.edu.my/2188/1/EDC232.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Idea adalah buah fikiran kreatif atau inovasi yang sangat penting kepada kita kerana idea dapat membantu kita
membuat keputusan, menyelesaikan sesuatu masalah atau menjana idea produk konkrit dan abstrak. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kesukaran penjanaan idea dalam kalangan pelajar teknikal
Tahun 1, 2, 3 dan 4 yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam, Elektrik
dan Elektronik dan Mekanikal di empat buah universiti teknikal, Malaysia. Seramai 375 orang pelajar teknikal
telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik yang dibangunkan telah digunakan sebagai
instrumen kajian untuk pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 319 orang pelajar
teknikal, iaitu 85.1% menghadapi masalah semasa menyelesaikan tugasan kerja kursus individu. Masalah yang
paling banyak dihadapi oleh pelajar teknikal semasa menyelesaikan tugasan kerja kursus individu adalah masalah
kesukaran menjana idea, iaitu sebanyak 51.5%. Ulasan atau kritikal artikel merupakan tugasan yang paling
banyak pelajar teknikal menghadapi kesukaran menjana idea semasa menyelesaikannya. Ini diikuti oleh tugasan
penghasilan model, tugasan bertulis, laporan, folio dan sebagainya. Faktor paling utama kesukaran penjanaan
idea dalam kalangan pelajar teknikal adalah disebabkan oleh kebuntuan idea. Ini diikuti oleh kekurangan
kemahiran khusus, kekurangan maklumat, kekurangan latihan untuk menjana idea dan sebagainya. Seramai 261
orang pelajar teknikal berpendapat bahawa kesukaran menjana idea merupakan faktor utama mempengaruhi
pencapaian tugasan kerja kursus mereka. Maka, secara kesimpulan, masalah kesukaran penjanaan idea harus
ditangani secepat mungkin. Hal ini kerana penjanaan idea adalah penting bagi menyelesaikan tugasan kerja
kursus individu dalam kalangan pelajar teknikal. |
|---|