Kajian kebolehkerjaan graduan (graduate employability) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kajian in1 dijalankan untuk mengenal pasti taburan kebolehkerjaan graduan UTHM selepas tamat pengajian mengikut tempoh masa tertentu. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar, alumni dan majikan terhadap faktor kebolehkerjaan. Populasi kajian terdiri daripada 1,171 orang gradu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alumni Research Team, Alumni Research Team
Format: Thesis
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2217/
http://eprints.uthm.edu.my/2217/1/Alumni_Research_Team.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian in1 dijalankan untuk mengenal pasti taburan kebolehkerjaan graduan UTHM selepas tamat pengajian mengikut tempoh masa tertentu. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pelajar, alumni dan majikan terhadap faktor kebolehkerjaan. Populasi kajian terdiri daripada 1,171 orang graduan UTHM yang telah menjawab borang kaji selidik tersebut dan maklumat tambahan juga diperolehi melalui kaedah temubual responden yang terdri daripada 49 orang graduan dan 15 orang majikan kepada graduan UTHM. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta diukur dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Persepsi dalam kajian ini ditafsir berdasarkan nilai min, iaitu min di bawah 7.30 adalah kurang memuaskan, manakala min 7.30 ke atas adalah memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan status graduan bekerja bagi kategori 1-2 tahun selepas bergraduat (94.2%), 3-4 tahun selepas bergraduat (97.6%) manakala 5 tahun ke atas selepas bergraduat (100%). Dapatan kajian juga menunjukkan keseluruhan elemen kemahiran insaniah adalah memuaskan @urata min>7.30) dari aspek kemahiran komunikasi, kerja berkumpulan, pengurusan maklumat, kepimpinan, penyelesaian masalah dan moral dan etika. Walaubagaimanapun elemen keusahawanan adalah kurang memuaskan (purata min<7.30). Hasil kajian ini turut diperkukuhkan dengan pandangan alumni dan majikan yang telah ditemubual. Di penghujung kajian turut dibincangkan beberapa cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan universiti bertujuan untuk meningkatkan lagi peratusan kebolehkerjaan graduan UTHM.