Peranan multimedia dan guru dalam pengajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris
Pada masa ini, dunia secara global telah mendapat tiupan perubahan yang mengutamakan kemajuan. Negara-negara membangun rata-ratanya sedar bahawa pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi adalah kunci kekuatan negara yang sebenar. Alam pendidikan turut mengalami tekanan untuk turu...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2274/ http://eprints.uthm.edu.my/2274/1/uthm.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pada masa ini, dunia secara global telah mendapat tiupan perubahan yang
mengutamakan kemajuan. Negara-negara membangun rata-ratanya sedar bahawa
pembangunan sosial, ekonomi, kemajuan sains dan teknologi adalah kunci kekuatan
negara yang sebenar. Alam pendidikan turut mengalami tekanan untuk turut serta dalam
arus perubahan yang kuat dan pesat sekali. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamed (NST,
2003) menyatakan kerajaan perlu “...modifying or changing policy, an old policy,
because of new situations”. Ini selari dengan Kogan (1985) yang menyatakan,“education
policy and values interact with the moods and circumstances of their periods. ...it is,
therefore, particularly prone to change as social and economic circumstances change”.
Berasaskan kenyataan di atas, kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya mata
pelajaran Sains dan Matematik di sekolah diajar dalam bahasa Inggeris. Menteri
Pendidikan pada masa itu, Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menjelaskan kepada rakyat
mengenai rasional tindakan ini melalui satu kenyataan akhbar,
“Sains dan Matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan
pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan pembangunan
negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau
disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menguatkan asas bagi memperoleh maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan
Matematik, selain menambah masa kontak terhadap bahasa Inggeris.”
(http://www.moe.gov.my/keratanBI.asp, 2002)
Penggunaan komputer dan multimedia pada masa kini telah menjadi seperti
sebahagian dari hidup kita. Perjalanan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa
disedari kita semakin bergantung kepadanya. Dalam bidang pendidikan pula, penggunaan
multimedia terutamanya komputer telah meresap di setiap bilik darjah. Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Aspirasi untuk
menjadi sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 bergantung kepada bidang
sains dan teknologi. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 telah memutuskan
1supaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris dilaksanakan pada tahap Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam
Bawah mulai 2003 (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2002). Pada tahun 2006, mata
pelajaran teknikal di sekolah menengah juga mula menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantarnya. Kini sudah hampir lima tahun proses pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris berjalan. Menerusi RMK-9, kerajaan
memperuntukkan sejumlah RM 2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan serta
kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus
sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia, 29 Ogos 2006).
Setakat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membekalkan kira-kira 97,000 unit
laptop dan 70,000 unit LCD projektor ke seluruh sekolah di Malaysia. |
|---|