Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar
Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar. Secara khususnya kajian ini dapat melihat aspek membuat keputusan yang terdiri dari empat aspek utama iaitu keadaan emosi, kesediaan mengambil risiko, penerimaan kritikan dan faktor-faktor membuat keputus...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2276/ http://eprints.uthm.edu.my/2276/1/baharom_uthm.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti amalan membuat keputusan dalam kalangan
guru besar. Secara khususnya kajian ini dapat melihat aspek membuat keputusan
yang terdiri dari empat aspek utama iaitu keadaan emosi, kesediaan mengambil
risiko, penerimaan kritikan dan faktor-faktor membuat keputusan. Kajian dilakukan
di sekolah rendah di negeri Johor. Seramai 60 orang responden yang terdiri dari guru
besar yang dipilih secara persampelan bertujuan bagi menjawab soal selidik dalam
kajian ini. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis tinjauan.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Kajian mendapati
amalan membuat keputusan mencatatkan skor min keseluruhan yang tinggi (min =
4.55, sp = 0.262). Dapatan kajian turut mendapati keadaan emosi mencatatkan (min
= 4.57, sp = 0.35). Kesediaan mengambil risiko mencatatkan (min = 4.56, sp = 0.351
), penerimaan kritikan mencatatkan (min = 4.57, sp = 0.315), faktor-faktor membuat
keputusan mencatatkan (min = 4.53, sp = 0.468). Ini menunjukkan guru besar
menguasai tahap yang tinggi ketika membuat keputusan. Manakala Ujian ANOVA
Sehala pula mencatatkan F kiraan keseluruhan F (5,54) = 1.003. F kiraan bagi
keadaan emosi F (5,54) = 1.364, kesediaan mengambil risiko F (5,54) = 0.685,
penerimaan kritikan mencatatkan F (5,54) = 0.789 dan faktor-faktor membuat
keputusan mencatatkan F(5,54) = 1.165. F kritikal pula mencatatkan F (5,54) = 2.45.
Kajian turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan antara amalan membuat
keputusan dari segi pengalaman. Kesimpulannya didapati bahawa amalan membuat
keputusan mencatatkan penguasaan yang tinggi dalam guru besar |
|---|