Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam kalangan masyarakat Orang Asli
Masyarakat Orang Asli adalah golongan unik yang mempunyai pelbagai fahaman dan cara hidup yang berbeza-beza berbanding masyarakat lain di Malaysia. Penguasaan di dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) akan dapat membantu mereka untuk terus bersaing dalam era globalisasi yang penuh...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2278/ http://eprints.uthm.edu.my/2278/1/marina_uthm.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Masyarakat Orang Asli adalah golongan unik yang mempunyai pelbagai fahaman dan cara
hidup yang berbeza-beza berbanding masyarakat lain di Malaysia. Penguasaan di dalam
bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) akan dapat membantu mereka untuk terus
bersaing dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti perbezaan dari keterbukaan keluarga, kekangan yang dihadapi dan
kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu masyarakat kaum Orang Asli
dalam bidang PTV. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah berbentuk kuantitatif
manakala instrumen borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang
diperlukan manakala kaedah temubual digunakan untuk menyokong hasil dapatan kajian.
Sampel yang dipilih adalah terdiri daripada tiga buah kampung Orang Asli iaitu Kampung
Suak Padi, Kampung Tumbuh Hangat dan Kampung Gedung Batu yang terletak dalam
daerah Perak Tengah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan masyarakat Orang Asli berminat untuk menceburi dan mempelajari bidang
Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan lebih mendalam. Selain itu, mereka cukup
menggalakkan ahli keluarga mereka untuk menceburi bidang PTV. Namun begitu, terdapat
beberapa kekangan yang boleh diperbaiki bagi membantu masyarakat Orang Asli terus
berjaya dalam bidang ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif dari
segenap aspek bagi membantu mereka untuk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam
demi kepentingan masyarakat Orang Asli dan negara. |
|---|