Kesediaan guru teknikal menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknikal dalam Bahasa Inggeris
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran teknikal mulai tahun 2006 dan pelaksanaan penuh pada tahun 2008. Persoalannya di sini ialah, adakah guru teknikal cukup bersedia dalam menghadapi perubahan penggunaan Bahasa Ingger...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2279/ http://eprints.uthm.edu.my/2279/1/masita01_uthm.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kementerian Pelajaran telah melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam mata pelajaran teknikal mulai tahun 2006 dan pelaksanaan penuh pada
tahun 2008. Persoalannya di sini ialah, adakah guru teknikal cukup bersedia dalam
menghadapi perubahan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran? Kajian mengenai kesediaan guru teknikal
menjalankan proses pengajian dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini diadakan bagi
menjawab persoalan ini. Kajian ini melibatkan 36 respoden di empat buah sekolah
menengah teknik (SMT) iaitu SMT Kuala Lumpur, SMT Setapak, SMT Gombak dan
SMT Shah Alam. Tiga elemen utama yang dikaji iaitu kemahiran penulisan, kemahiran
lisan dan persediaan diri dalam memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
Hasil analisis data menunjukkan tahap yang sederhana pada kemahiran lisan (min=3.23),
kemahiran penulisan (min=3.60) dan persedian diri (min=3.33) dalam memperkukuhkan
penggunaan Bahasa Inggeris. Hasil kajian ini mendapati bahawa guru teknikal masih
belum bersedia sepenuhnya untuk mengajar mata pelajaran teknikal dalam Bahasa
Inggeris kerana mereka masih tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran asas
berbahasa Inggeris seperti bertutur, menulis dan membaca. |
|---|