Kesesuaian kerjaya dalam bidang keguruan dengan big-five personality bagi pelajar Pendidikan Teknikal di Malaysia

Peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menjadi salah satu agenda yang penting bagi menjadikan sektor ini, sesuatu yang menguntungkan Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dimensi personaliti yang bersesuaian dengan pemilihan kerjaya dalam bidang keguruan bagi pelajar Sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Salleh, Kahirol, Rosli, Nurhasliza, Sulaiman, Nor Lisa, Ibrahim, Badaruddin, Mustafa, Mohamad Zaid
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2294/
http://eprints.uthm.edu.my/2294/1/KESESUAIAN_KERJAYA_DALAM_BIDANG_KEGURUAN_Kahirol_Mohd_Salleh.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menjadi salah satu agenda yang penting bagi menjadikan sektor ini, sesuatu yang menguntungkan Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dimensi personaliti yang bersesuaian dengan pemilihan kerjaya dalam bidang keguruan bagi pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dimensi tersebut yang dikenali sebagai big five-personality terdiri daripada dimensi openness, conscientiousness, extraversion, agreeableness dan neuroticism. Perbezaan dari segi jantina dalam pemilihan profesion ini juga dikenalpasti. Metodologi kajian yang digunakan adalah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan teknik soal selidik bagi memperoleh data berbentuk kuantitatif. Dengan menggunakan perisian SPSS, skor min dan peratusan kekerapan diperihalkan. Bagi mendapatkan hubungan antara dimensi personaliti dengan pemilihan kerjaya dalam bidang keguruan, korelasi Pearson digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya dimensi personaliti yang dikaji dalam diri responden dengan skor min purata adalah pada tahap tinggi. Terdapat hubungan di antara kelima-lima dimensi personaliti dengan bidang keguruan dimana empat daripada lima dimensi personaliti tersebut mempunyai hubungan yang positif dengan pemilihan kerjaya keguruan.