Kajian rekabentuk loji rawatan air berskala kecil (mini) mengikut spesifikasi loji air Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Loji rawatan air adalah satu sistem yang kompleks dalam merawat air mentah untuk kegunaan harian dan minuman. Kajian mengenai rekabentuk loji rawatan air telah dibangunkan sejak kurun ke 18 lagi tetapi kebanyakan kajian masa kini tertumpu kepada model rekabentuk rawatan air sisa kerana pembangunan t...

Penerangan Penuh

Disimpan dalam:
Butiran Bibliografi
Pengarang-pengarang Utama: Mohd Kassim, Amir Hashim, A. N., Nur Irwan, M.A, Norazimah
Format: Conference or Workshop Item
Diterbitkan: 2008
Subjek-subjek:
Capaian Atas Talian:http://eprints.uthm.edu.my/2300/
http://eprints.uthm.edu.my/2300/1/Kajian_rekabentuk_loji_rawatan.pdf
Penanda-penanda: Tambah Penanda
Tiada Penanda, Jadilah orang pertama menanda rekod ini!
Penerangan
Ringkasan:Loji rawatan air adalah satu sistem yang kompleks dalam merawat air mentah untuk kegunaan harian dan minuman. Kajian mengenai rekabentuk loji rawatan air telah dibangunkan sejak kurun ke 18 lagi tetapi kebanyakan kajian masa kini tertumpu kepada model rekabentuk rawatan air sisa kerana pembangunan telah menyebabkan pencemaran kepada sumber air semulajadi. Namun kajian mengenai sistem rawatan air tidak harus dipinggirkan kerana sumber air untuk kegunaan harian amat penting kepada manusia. Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada rekabentuk loji rawatan air mini yang direka dari spesifikasi loji rawatan air yang terdapat di Loji Rawatan Air Sri Gading, Batu Pahat, Johor. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengatasi krisis air yang berlaku di kawasan luar bandar dengan jumlah penduduk yang kecil. Loji ini akan direkabentuk sesuai untuk dikaji di makmal. Konsep asas rekabentuk termasuk perancangan yang teratur, pengoperasian dan prosedur adalah berdasarkan kepada konsep asas dan panduan yang terdapat di Loji Rawatan Air Sri Gading. Terdapat 5 sistem asas dalam merawat air iaitu pengudaraan, penggumpalan, pemendakan, penapisan dan penyahjangkitan atau disinfeksi. Bahagian sistem yang akan diberi perhatian adalah sistem penapisan kerana rekabentuknya haruslah sesuai dengan skala mini yang akan direkabentuk. Antara sistem penapisan yang akan digunapakai adalah penapis pasir-biologi dan teknologi penapisan membran.