Pelaksanaan modul soft skills di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran soft skills lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau pelaksanaan Modul Soft Skills di politeknik. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mustafa, Mohamad Zaid, Mohd Nor, Nordiana, Mohd Salleh, Kahirol, Madar, Ahmad Rizal, Ibrahim, Badaruddin, Sulaiman, Norlisa, Razzaq , Abdul Rashid
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2315/
http://eprints.uthm.edu.my/2315/1/PELAKSANAAN_MODUL_SOFT_SKILLS_DI_POLITEKNIK_KEMENTERIAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Permintaan ke atas graduan yang mempunyai kemahiran soft skills lebih di utamakan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau pelaksanaan Modul Soft Skills di politeknik. Kajian berbentuk deskriptif dijalankan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap kepentingan Modul Soft Skills bagi dua elemen utama iaitu membina personaliti individu yang positif dan kemahiran berkomunikasi. Selain itu juga, kajian ini adalah untuk melihat perbezaan kefahaman pelajar tentang kepentingan Modul Soft Skills bagi kedua-dua elemen antara jantina pelajar dan semester pelajar. Persampelan rawak mudah digunakan dalam menentukan lokasi kajian iaitu politeknik dan sampel yang hendak dikaji. Lokasi kajian yang dipilih ialah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 333 orang pelajar diploma kejuruteraan bagi semester 3 dan semester 5. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandung 2 bahagian iaitu: a) maklumat diri, dan; b) elemen Modul Soft Skills. Data yang diperolehi kemudiannya dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan ialah min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan; sementara statistik inferensi yang menggunakan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap Modul Soft Skills bagi keduadua elemen adalah tinggi. Manakala, keputusan ujian inferensi menunjukkan bahawa tiada perbezaan kefahaman terhadap kepentingan Modul Soft Skills di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, ujian inferensi ke dua juga menunjukkan tiada perbezaan kefahaman terhadap kepentingan Modul Soft Skills di antara pelajar semester 3 dengan pelajar semester 5. Justeru, pelaksanaan Modul Soft Skills di politeknik dapat mempertingkatkan soft skills pelajar dan sekaligus dapat membantu pelajar untuk lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.