Kajian kesanggupan pemilik rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir

Bencana banjir yang sering melanda kini telah membawa kerisauan yang serius kepada penduduk yang berisiko. Penduduk sering kali dilanda kebimbangan apabila hujan lebat melanda kawasan tempat tinggal mereka. Kerisauan penduduk bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang keselamatan keluarga, bahkan juga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shafii, Haryati, Shareh Musa, Sharifah Meryam, Miskam, Nurasyikin
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2386/
http://eprints.uthm.edu.my/2386/1/Haryati(MATRA2011).pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bencana banjir yang sering melanda kini telah membawa kerisauan yang serius kepada penduduk yang berisiko. Penduduk sering kali dilanda kebimbangan apabila hujan lebat melanda kawasan tempat tinggal mereka. Kerisauan penduduk bukan sahaja terpaksa memikirkan tentang keselamatan keluarga, bahkan juga terpaksa memikirkan kerugian yang bakal ditanggung setiap kali berhadapan dengan bencana banjir. Pengurusan banjir yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan ialah merangkumi pengurusan sebelum, semasa dan selepas banjir. Namun begitu, kerugian yang ditanggung oleh mangsa banjir yang melibatkan kerugian harta benda, kematian haiwan ternakan dan tanaman hanya mendapat pampasan yang tidak seberapa daripada pihak berkuasa. Ekoran daripada kejadian banjir yang kerap kali berlaku tanpa mengira masa, jadi kertas kerja ini cuba mengkaji kesanggupan pemilik rumah untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir dengan cara membayar sejumlah wang tertentu sama ada kepada pihak berkuasa atau swasta bagi mengurus/mengelak kejadian banjir daripada berlaku di masa-masa akan datang. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan di empat buah kampung yang biasa mengalami banjir di Pekan Parit Raja, Johor. Pengedaran borang kaji selidik telah dijalankan secara rawak mudah dan diedarkan dari awal Jun hingga akhir Julai 2011. Hasil kajian telah dapat merumuskan bahawa kesanggupan pemilik rumah bersetuju untuk mendapatkan perlindungan daripada bencana banjir adalah sebanyak 34%, lebih suka bukan pihak kerajaan menguruskan bencana banjir sebanyak 36%, sanggup membeli insuran sebanyak 31% dan menggunakan wang sendiri bagi menguruskan banjir sebanyak 72%. Manakala kesanggupan untuk membayar bagi menguruskan bencana banjir, kajian mendapati sebanyak 57% responden sanggup membayar sebanyak <RM 50.00, 42% responden sanggup membayar sebanyak RM 50.00-150.00 dan 1% responden yang sanggup untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM500.00 bagi membiayai pengurusan banjir dan seterusnya dapat mengurangkan risiko banjir pada masa-masa akan datang. Diharapkan kajian ini menjadi perintis dalam memberikan idea kepada pihak berkepentingan dalam menguruskan banjir pada masa akan datang terutamanya di Daerah Batu Pahat, Johor.