Kesediaan kemahiran sosial dan kesedaran sosial guru-guru pelatih di IPG terhadap tugas-tugas guru di sekolah

Kecerdasan emosi adalah kemahiran dan kebolehan menguruskan perasaan terhadap diri dan masyarakat. Kesediaan kecerdasan emosi yang tinggi membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal. Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat kefahaman gu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jemali, Mohd Ali, Esa, Ahmad, Hassan, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2553/
http://eprints.uthm.edu.my/2553/1/Seminar_Majlis_Dekan_2_2011.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kecerdasan emosi adalah kemahiran dan kebolehan menguruskan perasaan terhadap diri dan masyarakat. Kesediaan kecerdasan emosi yang tinggi membentuk individu yang berjaya dan cemerlang dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal. Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat kefahaman guru pelatih terhadap intrapersonal kecerdasan emosi iaitu kemahiran sosial dan kesedaran sosial. Kajian ini juga adalah untuk melihat kefahaman pensyarah mengenai penerapan kemahiran sosial dan kesedaran sosial kepada guru pelatih dan kekangannya. Selain itu kajian ini juga adalah untuk melihat kemahiran sosial dan kesedaran sosial yang diperlukan oleh guru besar daripada guru permulaan keluaran IPG. Sampel kajian akan diambil daripada 260 orang guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru yang sedang mengikuti opsyen Reka Bentuk dan Teknologi. Penyelidik akan menggunakan Teori Kecerdasan Emosi yang terdiri dari dua aspek iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Instrumen kajian yang akan digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 2 bahagian iaitu: a) maklumat peribadi dan; b) aspek kecerdasan emosi. Data dikumpulkan melalui soal selidik skala 5 Likert. Data mentah yang diperolehi akan dianalisis dengan perisisan SPSS untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, ujian t dan ANOVA.