Kesediaan pelajar politeknik terhadap pembelajaran mobile
Kesediaan pelajar merupakan perkara penting dan perlu dipertimbangkan bagi menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan. Kesediaan pelajar dapat memastikan bahan pembelajaran yang dihasilkan menepati kehendak dan keupayaan pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif. Namun begitu, elemen ke...
à®®à¯à®´à¯ விளகà¯à®•à®®à¯
Saved in:
| தலைமை எழà¯à®¤à¯à®¤à®¾à®³à®°à¯à®•ளà¯: | , |
|---|---|
| வடிவமà¯: | Conference or Workshop Item |
| பகà¯à®¤à®¿à®•ளà¯: | |
| நிகழà¯à®¨à®¿à®²à¯ˆ அணà¯à®•லà¯: | http://eprints.uthm.edu.my/2564/ http://eprints.uthm.edu.my/2564/1/Kesediaan_Pelajar_Politeknik_Terhadap_Pembelajaran_Mobile.pdf |
| கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ளà¯: |
கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯ இணை
கà¯à®±à®¿à®¯à¯€à®Ÿà¯à®•ள௠இலà¯à®²à¯ˆ, இநà¯à®¤ கà¯à®±à®¿à®šà¯à®šà¯Šà®²à¯à®²à¯ˆ à®®à¯à®¤à®²à®¿à®²à¯ பதிவ௠செயà¯à®¯à¯à®™à¯à®•ளà¯!
|
| தொகà¯à®ªà¯à®ªà¯: | Kesediaan pelajar merupakan perkara penting dan perlu dipertimbangkan bagi menghasilkan bahan pembelajaran yang berkesan. Kesediaan pelajar dapat memastikan bahan pembelajaran yang dihasilkan menepati kehendak dan keupayaan pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif. Namun begitu, elemen kesediaan pelajar mestilah bersesuaian dengan elemen bahan pembelajaran yang ingin dibangunkan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka dan menentukan kesediaan atau penerimaan pelajar yang mengikuti kursus Autocad di politeknik terhadap elemen-elemen pembelajaran mobile. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis menggunakan skor min bagi menentukan tahap kesediaan pelajar. Dapatan kajian ini menjelaskan kesediaan pelajar politeknik terhadap elemen-elemen pembelajaran mobile dari aspek perkakasan mobile seperti aplikasi SMS, MMS, Bluetooth, kamera, komputer riba , aplikasi video call, internet dan aplikasi lain. Selain itu, kajian ini menunjukkan tahap penerimaan pelajar yang tinggi terhadap SMS iaitu skor min (4.24) dan minat menggunakan SMS juga tinggi iaitu skor min (4.24) bagi elemen pembelajaran. Implikasi terhadap kajian ini adalah dapat mengenal pasti tahap kesediaan pelajar politeknik bagi menentukan bentuk platform, strategi pembelajaran dan meningkatkan penglibatan pelajar ketika perlaksanaan pembelajaran mobile kelak. Secara umumnya, kajian ini mempertimbangkan elemen-elemen pembelajaran mobile bagi tujuan menghasilan bahan pembelajaran mobile berdasarkan kehendak dan kesediaan pelajar. |
|---|