M-Pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia

Kertas kajian ini membicarakan mengenai strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat pembelajaran. Dalam kertas kajian ini, penekanan diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Rahman, Rossyahida, Mohd Hashim, Mohamad Hisyam
Format: Conference or Workshop Item
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2566/
http://eprints.uthm.edu.my/2566/1/M%2DPEMBELAJARAN_DALAM_PENDIDIKAN_TEKNIK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kajian ini membicarakan mengenai strategi dan pendekatan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas masa kini dengan menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat pembelajaran. Dalam kertas kajian ini, penekanan diberikan kepada pelajar-pelajar pendidikan teknik dan vokasional selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai negara perindustrian.Bagi mencapai hasrat tersebut, penggunaan teknologi mudah alih serta teknologi tanpa wayar dengan kelengkapan ciri-ciri multimedia yang semakin meningkat dari tahun ke tahun membenarkan pendekatan m-pembelajaran di dalam kelas. M-pembelajaran adalah evolusi e-pembelajaran yang melengkapkan komponen yang hilang. Inovasi dalam m-pembelajaran boleh membawa kepada perubahan paradigma dalam pendidikan teknologi mudah alih yang dipercayai mempunyai potensi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kertas kajian ini menumpukan kepada penggunaan telefon mudah alih untuk persekolahan arus perdana dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Kertas kajian ini turut menjelaskan pelbagai persepsi penggunaan telefon mudah alih dalam pembelajaran dengan mencerminkan pendapat positif daripada penyelidik pendidikan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Selain itu, kertas kajian ini juga membincangkan mengenai kelebihan pembelajaran mudah alih dalam arus perdana pendidikan teknikal dan vokasional.