Persepsi guru kemahiran hidup Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Segamat dalam meningkatkan kecerdasan emosi pelajar: satu kajian kes kualitatif
Banyak kajian mengenai kecerdasan emosi pelajar telah dijalankan dan hasilnya guru boleh mengetahui kecerdasan emosi dan elemen kecerdasan emosi pelajar supaya guru dapat membuat perancangan pedagogi yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar. Bagi pihak ibu bapa pula, mereka boleh membantu menye...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2574/ http://eprints.uthm.edu.my/2574/1/PERSEPSI_GURU_KEMAHIRAN_HIDUP_SEKOLAH_MENENGAH_KEBANGSAAN.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Banyak kajian mengenai kecerdasan emosi pelajar telah dijalankan dan hasilnya guru boleh mengetahui kecerdasan emosi dan elemen kecerdasan emosi pelajar supaya guru dapat membuat perancangan pedagogi yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar. Bagi pihak ibu bapa pula, mereka boleh membantu menyediakan suasana keluarga yang menyokong dan menggalakkan peningkatan kecerdasan emosi anak-anak. Kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan minda berfungsi secara semulajadi dalam keadaan-keadaan yang dipengaruhi oleh kognisi, perasaan dan emosi pada diri mereka. Melalui kajian ini, penyelidik dapat memahami dan menjelaskan persepsi guru kemahiran hidup yang berpengalaman di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Segamat dalam meningkatkan kecerdasan emosi pelajar. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kes kualitatif dimana beberapa orang guru terlibat untuk mendapatkan persepsi mereka. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa beberapa perkara berkaitan emosi perlu diterapkan kepada pelajar supaya keyakinan diri mereka dapat dipertingkatkan, mencungkil potensi diri dan membina keseronokan dalam pembelajaran terutama dalam mata pelajaran kemahiran hidup. |
|---|