Potensi penyelidikan kualitatif dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Penyelidikan kualitatif adalah salah satu metod yang sedang digunakan dalam pendidikan. Walau bagaimanapun dalam bidang yang lebih fokus seperti pendidikan teknik dan vokasional masih lagi ditahap yang rendah. Kemungkinan, ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kurang pendedaha...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2575/ http://eprints.uthm.edu.my/2575/1/POTENSI_PENYELIDIKAN_KUALITATIF_DALAM_PENDIDIKAN_TEKNIKAL_DAN_VOKASIONAL.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan kualitatif adalah salah satu metod yang sedang digunakan dalam pendidikan. Walau bagaimanapun dalam bidang yang lebih fokus seperti pendidikan teknik dan vokasional masih lagi ditahap yang rendah. Kemungkinan, ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kurang pendedahan mengenai metodologi penyelidikan kualitatif kepada pakar, pelajar atau penyelidik dalam pendidikan teknik dan vokasional. Oleh itu, kertas kerja dimulakan dengan menjelaskan perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan kualitatif iaitu paradigma penyelidikan, tujuan penyelidikan, undang-undang/prosedur yang perlu diikuti oleh penyelidik (researcher role), rekabentuk penyelidikan, kaedah pengumpulan data, kaedah menganalisis data, isu kebolehpercayaan dan persembahan dapatan kajian serta membincangkan beberapa perkara mengenai kesesuaian metodologi ini dalam pendidikan teknik dan vokasional serta contoh-contoh penyelidikan yang sesuai. Pengetahuan ini penting kerana ada kaitannya dengan dapatan yang ingin dicapai. Penyelidikan kualitatif akan dapat membantu menghasilkan model konseptual yang berguna untuk menjana hipotesis dan menjalankan penyelidikan seterusnya yang boleh membawa penghasilan teoritikal yang tertentu. |
|---|