Sejauh mana elemen-elemen pengajaran guru mengikut modul pentaksiran dalam sesi amali di bengkel

Penggunaan modul adalah salah satu sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Kandungan modul meliputi isi kandungan kursus, kaedah pengajaran dan pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat elemen-elemen pengaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abu Bakar, Nabilah
Format: Conference or Workshop Item
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2577/
http://eprints.uthm.edu.my/2577/1/SEJAUH_MANA_ELEMEN%2DELEMEN_PENGAJARAN_GURU.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan modul adalah salah satu sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Kandungan modul meliputi isi kandungan kursus, kaedah pengajaran dan pembelajaran kendiri yang bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat elemen-elemen pengajaran guru berdasarkan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah(MPBS) dalam sesi amali di bengkel dan masalah pengajaran dan pembelajaran program berasaskan modular bagi menambahkan kemahiran pelajar bagi matapelajaran Bahan Binaan dalam konteks penguasaan kemahiran pelajar melaksanakan amali kayu di bengkel. Kajian ini dilakukan di beberapa sekolah menengah vokasional mewakili daerah Utara, Selatan, Timur dan Barat iaitu di sekitar negeri Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Kelantan. Seramai lima orang guru Bahan Binaan di setiap sekolah dipilih sebagai sampel kajian. Pungutan data melalui kajian ini adalah secara mix method iaitu dilakukan dengan mengedarkan borang kaji selidik, pemerhatian dan temubual. Data hasil edaran borang kaji selidik dianalisis dengan kaedah statistik untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan kolerasi dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” versi 16 manakala hasil pemerhatian dan temubual dianalisa melalui perisian ANOVA 8 “Analysis of Varince”. Jangkaan dapatan kajian adalah amalan pengajaran berlandaskan modul bersesuaian dengan amalan penilaian sebenar dalam pendidikan. Namun, terdapat beberapa permasalahan dalam program pengajaran berbentuk modular bagi amali dibengkel dimana para pelajar kurang menguasai kemahiran amali. Pengajaran berteraskan sistem Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dilihat tidak mampu menambah penguasaan kemahiran dalam kalangan pelajar. Para pelajar hanya lebih memfokuskan untuk menyiapkan fail amali pentaksiran berbanding berusaha untuk menguasai kemahiran menjalankan amali di bengkel. Jalan penyelesaian adalah guru mempelbagaikan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai dalam sesi P&P dan pada masa yang sama berlandaskan sistem modular. Para pelajar juga perlu melaksanakan sesi amali berulang kali sehingga pelajar menguasai teknik yang diajar oleh guru tanpa tertumpu kepada modul sahaja.