Keselesaan tempat tinggal untuk kesejahteraan hidup masyarakat di bandar

Secara umumnya kualiti hidup penduduk di bandar banyak bergantung kepada ketersampaian mereka untuk berinteraksi dengan kcmudahan di samping aspek-aspek lain seperti keselesaan terma, alam sekitar, sosial, ekonomi, infrastruktur, nilai estetik dan sebagainya. Kesejahteraan tempat tinggal y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shafii, Haryati, Shareh Musa, Sharifah Meryam
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/2638/
http://eprints.uthm.edu.my/2638/1/new_2.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara umumnya kualiti hidup penduduk di bandar banyak bergantung kepada ketersampaian mereka untuk berinteraksi dengan kcmudahan di samping aspek-aspek lain seperti keselesaan terma, alam sekitar, sosial, ekonomi, infrastruktur, nilai estetik dan sebagainya. Kesejahteraan tempat tinggal yang digarapkan dalam penulisan ini adalah menjurus dan memfokus bagi melihat aras ketersampaian penduduk kepada kemudahan yang disediakan di persekitaran perumahan boleh menyumbang kepada kesejahteraan hidup penduduk. Terdapat banyak cara yang digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu iaitu berdasarkan penunjuk-penunjuk sosio-ekonomi, seperti pendapatan, pekerjaan, kunjungan ke pusat kesihatan, pendidikan, rekreasi dan estetik. Kajian ini telah menggunakan purata jarak kunjungan sebenar (relatif) bagi menilai aras ketersampaian penduduk kepada kemudahan yang disediakan. Kajian mendapati bahawaa pada umumnya purata jarak kunjungan sebenar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan di lima kawasan kajian iaitu Taman Perumahan di Seksyen I dan Seksyen 2 (Bandar Baru Bangi) dan Taman Kajang Utama, Taman Bukit Mewah dan Taman Sentosa (Bandar Kajang) rata-ratanya adalah tinggi dan baik.Misalnya jarak antara tempat tinggal dengan kemudahan berbelanja, sekolah, stesen pengangkutan dan sosial, menunjukkan bahawa purata jarak kunjungan tidak melebihi 1.0 km. Ini merunjukkan bahawa penduduk di lima stesen kajian mempunyai aras ketersampaian yang tinggt untuk mendapatkan kemudahan tersebut di kawasan tempat tinggal mereka .Ini bermakna indeks ketersampaian penduduk di lima kawasan kajian menunjukkan bahawa kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut adalah baik. Dengan itu, dapatlah dirumuskan bahawa semakin rendah purata jarak kunjungan sebenar responden kepada kemudahan maka semakin tinggi kualiti hidup mereka. Manakala sekiranya semakin tinggi purata jarak kunjungan sebenar responden kepada kemudahan, maka semakin rendahlah kualiti hidup penduduk.