Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan di di politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor (sikap, minat, kaedah pembelajaran pelajar, persekitaran atau iklim politeknik dan pengajaran pensyarah) yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan (Sistem Elektronik 1). Selain dari itu, tujuan kajian...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Conference or Workshop Item |
| Subjects: | |
| Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/2748/ http://eprints.uthm.edu.my/2748/1/FAKTOR%2DFAKTOR_YANG_MEMPENGARUHI_PENCAPAIAN_PELAJAR.pdf |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor (sikap, minat, kaedah pembelajaran
pelajar, persekitaran atau iklim politeknik dan pengajaran pensyarah) yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran kejuruteraan (Sistem Elektronik 1). Selain dari
itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk melihat kepada perhubungan di antara faktor yang dikaji
dengan pencapaian pelajar serta untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar di antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA),
Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Populasi kajian adalah
terdiri daripada pelajar diploma semester dua yang telah mengambil mata pelajaran ini. Sampel
kajian seramai 136 orang pilihan secara rawak. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik. Faktor
sikap (α = 0.8406), faktor minat (α = 0.8512), faktor kaedah pembelajaran pelajar (α = 0.7330), faktor
persekitaran atau iklim politeknik (α = 0.9028) dan faktor pengajaran pensyarah (α = 0.8037).
Daripada min lima faktor yang dikaji, didapati faktor sikap (3.73), faktor pesekitaran atau ilklim
politeknik (3.73) dan faktor pengajaran pensyarah (3.57) adalah faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar. Terdapat hubungan yang sederhana positif di antara faktor sikap, faktor minat
dan kaedah pembelajaran pelajar dalam menguasai mata pelajaran Sistem Elektronik 1, manakala
faktor iklim atau persekitaran politeknik dan faktor pengajaran pensyarah menunjukkan hubungan
positif yang lemah. Kaedah pembelajaran pelajar dan pengajaran pensyarah adalah merupakan faktor
yang paling mempengaruhi pencapaian pelajar di PDT tetapi tidak di PSA dan PUO. Sebagai
kesimpulan terhadap kajian ini, menunjukkan bahawa faktor sikap, iklim atau persekitaran politeknik
dan pengajaran pensyarah adalah merupakan faktor yang berpengaruh dalam menentukan
pencapaian dalam mata pelajaran Sistem Elektronik 1. |
|---|